Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Khamis, 27 Februari 2014

PULAU JEREJAK BANYAK HANTU JEPUN?

Pulau Jerejak

Pulau Jerejak ialah sebuah pulau yang kecil di selatan Pulau Pinang, Malaysia yang terkenal pada suatu ketika sebagai sebuah petempatan untuk banduan yang dibuang negeri. Luasnya 362 hektar.
Untuk ke Pulau Jerejak kini boleh dinaiki dengan feri kecil dari Bayan Lepas.

Sejarah

Francis Light, pengasas Pulau Pinang, dikatakan tiba lebih dahulu di Pulau Jerejak pada awal tahun 1786 sebelum menuju ke Pulau Pinang. Pada tahun 1797, Kolonel Arthur Wellesley mencadangkan bahawa Pulau Jerejak dijadikan tapak untuk Fort Cornwallis (Kota Cornwallis). Cadangannya untuk membina sebuah pangkalan tentera di Pulau Jerejak berdasarkan tujuan untuk mengawal bandar Jamestown yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas.

Pada awal tahun 1794, sebuah wabak malaria yang amat dahsyat menular diakibatkan oleh pemugaran hutan untuk mengasaskan Georgetown yang mengorbankan banyak nyawa, termasuk juga James Light. Oleh itu, Wellesley tidak menyokong Pulau Pinang sebagai tapak untuk Kota Cornwallis. Walaupun demikan, cadangan Wellesley tidak diterima kerana Georgetown telah menjadi sebuah pelabuhan yang menguntungkan dan Jamestown atau sebarang kemudahan ketenteraan di Pulau Jerejak jelas tidak diperlukan.

Diakibatkan oleh keputusan Francis Light yang awal bahawa pendatang akan dibenarkan memiliki apa-apa sahaja tanah yang dipugar oleh mereka, Pulau Pinang dibanjiri oleh pendatang-pendatang. Sebagai langkah mencegah, semua pendatang harus diperiksa di pusat pemeriksaan kesihatan Pulau Jerejak sebelum dibenarkan mendarat di Pulau Pinang.

Pada tahun 1910, Pulau Jerejak dijadikan sebuah pusat kuarantin kesihatan untuk para pendatang, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.

Sebuah tugu peringatan telah dibina di Pulau Jerejak untuk dua orang anak kapal daripada Angkatan Tentera Laut Empayar Rusia yang maut apabila kapal penjajah Zhemchug ditenggelamkan oleh kapal penjajah Emden daripada Tentera Marin Kaiserliche dalam Pertempuran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1914. Ini adalah salah satu daripada hanya beberapa kejadian yang berlaku di kawasan Malaysia semasa Perang Dunia I.

Selepas Perang Dunia II, terdapat kenaikan bilangan mangsa batuk kering dan oleh itu, sebuah sanatorium telah dibina untuk mangsa-mangsa penyakit tersebut di Pulau Jerejak. Pada 12 Jun 1969, Pusat Pemulihan Jerejak diasaskan sebagai sebuah penjara keselamatan tertinggi dan oleh itu, Pulau Jerejak mendapat nama samaran, Alcatraz Malaysia. Pusat ini akhirnya ditutup pada Ogos 1993.

Perkembangan terkini

Pelbagai rancangan telah dicipta untuk membangun semula Pulau Jerejak untuk menjadi sebuah tempat peranginan/pelancongan pada tahun 2000. Inilah satu-satunya alasan untuk menutup semua kesan-kesan sejarah yang ada di pulau terbabit seperti yang berlaku kepada Penjara Pudu.





Share:

Selasa, 18 Februari 2014

JANGAN MAIN DEKAT TIANG SERI TU..

“JANGAN main dekat tiang seri. Nanti malam tak boleh tidur.”


Nasihat berbaur amaran oleh arwah datuk saudaranya masih terngiang-ngiang di telinga seorang kawan penulis setiap kali dia mengunjungi rumah tersebut.

Malah, hatinya berdebar apabila cuba menghampiri tiang yang terletak di tengah rumah itu.Berdasarkan seni bina orang Melayu dahulu, tiang seri merupakan tonggak sesebuah kediaman.
Terletak di tengah-tengah struktur bumbung, ciri utama yang membezakan tiang tersebut ialah jenis kayunya.

Menurut seorang ‘orang lama’, Rafie Dahlan, 57, rumah, masjid atau bangunan tanpa tiang seri tidak akan berseri.

Bagaimanapun, kata Rafie, dia tidak dapat memastikan sama ada benar atau tidak tiang seri mempunyai ‘penjaga’ seperti yang dikhabarkan oleh orang dahulukala.

“Tetapi berdasarkan pengalaman sendiri, saya pernah diganggu ketika tidur berhampiran tiang seri.
“Saya rasa panas dan pernah meracau,” katanya yang kini menetap di Singapura.

Cerita Rafie lagi, terdapat beberapa upacara yang perlu dijalankan ketika memilih tiang seri hinggalah selesai kerja memasak.

Adat tersebut berbeza mengikut tempat dan negeri. Malah, ada juga masyarakat Melayu yang langsung tidak mempunyai upacara ketika menegakkan tiang seri.

“Lazimnya, sebelum tiang lain ditegakkan, tiang seri ditegakkan dahulu menggunakan khidmat bomoh yang diyakini pakar mengenai rumah,” katanya.

Dalam kesamaran ingatan, Rafie menjelaskan semasa memasang tiang seri di rumah arwah bapanya di Jelutong, Pulau Pinang beberapa dekad lalu, bomoh berkenaan mengikat sehelai kain kuning pada kuda-kuda yang bersambung dengan tiang seri tersebut.

Pantang larang
Sebilah keris kecil turut diletakkan pada tiang seri yang diperbuat daripada kayu nyatuh itu.Menyentuh mengenai pantang larang , ia bermula ketika memilih pokok lagi.

“Menurut arwah ayah, pokok yang dipilih haruslah mengikut turun naik matahari. Hendak mengupas kulit pokok itu pun ada caranya,” kata Rafie.

Logik pemilihan sebegitu rupa berkait rapat dengan teknik pembinaan rumah oleh orang dahulu.Tanpa menggunakan paku dan hanya bergantung pada pasak, Rafie menyimpulkan ia sebab utama kenapa bukan sembarangan kayu boleh dijadikan tiang rumah.

“Kayu harus kuat, teguh untuk menampung bumbung serta tidak mudah pecah semasa dipahat.“Kayu juga mesti tahan panas dan hujan serta mampu merentasi masa hingga puluhan tahun lamanya,” ujar Rafie.

SAMA ada masjid atau kediaman tradisional Melayu, fungsi tiang seri adalah sama iaitu sebagai tonggak utama binaan.

Beliau turut memberitahu, cara mendirikan tiang seri di dalam rumah pun ada kaedahnya yang tersendiri.

Sambung Rafie, menurut cerita lisan orang lama, kayu tiang seri adakalanya dipilih daripada pokok yang mempunyai ‘kayu pasung hantu’.

Berbentuk seperti Hajarul Aswad, kayu pasung hantu merupakan dua batang kayu yang bercantum dan membentuk seperti lubang.

Dipercayai, makhluk halus tidak boleh menghinggapi kayu sebegitu. Secara tidak langsung, ia menjadi pendinding kepada rumah yang siap kelak.“Namun, tidak dinafikan masih terdapat makhluk halus yang singgah di tiang seri.

“Kepercayaan tersebut seringkali membawa kepada upacara tertentu ketika menegakkan tiang seri bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” jelas Rafie.

Dalam pada itu, meskipun rumah arwah bapanya telah roboh lebih 15 tahun lalu, tiang seri tersebut masih tegak berdiri di tempat asal.

Memegang nasihat bapanya agar tiang seri itu tidak diganggu, Rafie tidak mempunyai pilihan lain kecuali membiarkannya reput mengikut masanya sendiri.

“Bukan sebab percayakan perkara mistik di sebalik tiang seri itu namun disebabkan ia tiang pertama yang didirikan, jadi saya biarkan saja di situ,” katanya.
Share:

APA ITU JENGLOT?


Jenglot adalah mahluk berbentuk manusia yang berukuran kecil (sekitar 10-17 cm), berkulit gelap dengan tekstur yang kasar (seperti mumi), berwajah seperti tengkorak dan bertaring, serta memiliki rambut dan kuku yang panjang.

Jenglot boleh ditemui di beberapa wilayah di nusantara, seperti Jawa Kalimantan dan Bali.

Jenglot dipercaya memiliki kekuatan mistik dan memakan darah manusia.Masyarakat Indonesia percaya jenglot sebagai makhluk yang memiliki kekuatan mistik dan dapat mengundang bencana.

Secara realitinya jenglot merupakan seekor `binatang` yang sangat lambat dalam pergerakan dan tidak dapat hidup lama, jenglot hidup di hutan belantara penuh dengan pohon besar untuk dijadikan tempat persembunyiannya. jenglot hanya keluar pada waktu malam kerana tidak mahu terserempak dengan binatang buas dan manusia.

Dan dalam mitos jenglot dianggap memiliki kesaktian/kekuatan mistik seumpama dewa wisnu dengan sakti garuda dan siwa dengan sakti lembu (sakti=wahana/kendaraan/wadah/istri).

Setelah di kaji, jenglot didefinisikan sebagai bukan makhluk hidup yang disahkan oleh pasukan forensik Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta.

Melalui sinaran Xray, tiada unsur-unsur tulang (sebagai penyangga organ mahluk hidup) namun yang mengejutkan ialah maklumat yang diperoleh dari penelitian DNA lapisan kulit jenglot mampu mengelupas.

Setelah diperiksa oleh Dokter Djaja Surya Atmaja dari Universitas Indonesia, ternyata lapisan kulit itu memiliki DNA mirip manusia. Akan tetapi, penyelidikan asal usul jenglot secara lebih lanjut dihentikan kerana pemilik jenglot tidak mengizinkan jenglot dibedah, agar tidak ada hal buruk yang terjadi.

Asal Usul
Jenglot berasal dari [Indonesia], terutamanya di [Jawa]. Mereka kebanyakannya ditemui oleh ibunda [psikik] selepas mereka telah dilakukan upacara ghaib. Jenglot dikatakan tinggal di bawah tanah, di atas bumbung rumah rosak, dan juga di dalam batang pokok yang besar.

Makanan Jenglot
'Penjaga' Jenglot memberi makan makhluk mereka dengan darah, sama ada darah haiwan (kambing) atau darah manusia. Mereka yang memberi makan kepada makhluk dengan darah manusia membelinya secara sah dari Palang Merah Indonesia. Jenglot ini dikatakan tidak minum darah secara langsung. Orang yang meletakkan jenglot terdekat darah, tetapi jenglot itu tidak bergerak atau menyentuh darah. Dikatakan bahawa jenglot akan mendapatkan nutrien darah dengan cara mereka sendiri.

Menjadi Jenglot
Menurut satu legenda Indonesia, Jenglot adalah seorang pertapa yang mahu mempelajari "Ilmu Bethara Karang" atau cara untuk hidup yang kekal. Ia juga dikatakan sebagai pertapa yang menyembah syaitan dan mendapat kuasa tertentu dan keupayaan. Mereka berkata jika seseorang dengan kuasa ghaib besar meditates dalam gua tertentu, mereka akan menjadi jenglot.

Share:

SERIGALA JADIAN WUJUD? FAKTA ATAU AUTA?


Dalam cerita rakyat, serigala jadian adalah manusia yang berkebolehan bertukar menjadi serigala. Mereka dikatakan wujud apabila manusia biasa yang terkena cakaran atau gigitan serigala, masih hidup, lalu menjadi serigala jadian.

Tubuh serigala jadian diliputi dengan bulu dan kepala menyerupai serigala. Ia bertukar menjadi serigala apabila waktu bulan mengambang. Segala perwatakan mereka adalah serigala dan tiada ciri-ciri manusia. Memakan daging manusia dan haiwan.

Kepercayaan tahyul
Mempunyai musuh yang amat ketat, iaitu puntianak (vampire).
Kebal terhadap kebanyakan senjata, kecuali yang diperbuat daripada perak.

Serigala Jadian Wujud


PADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya.

Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.
Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.

Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.

Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.
Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes sama dilaporkan di pelbagai tempat di seluruh dunia - manusia membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian. Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa berupa haiwan menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan?

Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malah ia sudah berlarutan selama ratusan tahun malah wujud dalam budaya banyak bangsa di dunia ini.

Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang mampu bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.
Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya dia tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas dan cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.

Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan wujud puak Neuri pada zaman dulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama. Manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian menggunakan ilmu sihir atau saka.

Teka-teki membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian menyebabkan penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar misteri terbabit. Akhirnya selepas lama mengkaji, mereka akhirnya mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud!

Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam.

Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain.

Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ?lycanthropy? dan penyelidik percaya kes membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada lycanthropy.

Pengarang buku ?Penyakit Mental Luar Biasa?, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: ?Seseorang yang mengalaminya percaya bahawa mereka sesungguhnya menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.?

Selain sindrom lycanthropy, penyelidik percaya bahawa cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik dikenali sebagai Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu seakan-akan serigala.

Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga momokan kewujudan serigala jadian terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.

Rekod kepercayaan terawal mengenai kisah serigala jadian dikatakan bermula pada 1550 SM iaitu Raja Lycaon dari Arcadia mempersembahkan daging manusia kepada dewa Zeus menyebabkan dia dihukum menjadi serigala atas kesalahan itu.

Antara 1520 hingga 1630 di Perancis, terdapat lebih 30,000 rekod kes membabitkan penduduk yang mendakwa mereka adalah serigala jadian.


Dilaporkan, seorang daripada 340 juta penduduk dunia menghidap Hypertrichosis.

Share:

MISTERI SEGITIGA BERMUDA TERUS DIGERUNI


Misteri Segitiga Bermuda atau lebih dikenali Bermuda Triangle adalah sebuah daerah di Lautan Atlantik yang dibatasi kota di Amerika Tnegah seperti Florida, Kepulauan Bahamas dan Kepulauan Carribbean.

Sejak dulu ia dikatakan kawasan misteri kerana banyak kes pesawat atau kapak laut hilang atau ghaib begitu sahaja ketika melintasi daerah ini. Tiada sesiapa pun yang mengetahui kemana pesawat dan kapal laut itu lenyap ketika berada di kawasan terbabit.


Ada yang berpendapat kawasan ini pusat magnet terbesar di dunia. Ada juga berpendapat ia pusat bumi dan terdapat lubang hitam yang mampu menyedut apa saja yang melalui kawasan itu.

Menurut sebuah catatan kuno, Raja Iskandar Zulkarnain pernah cuba memasuki kawasan misteri itu.Sekembalinya dia mengatakan tempat itu berpasir permata dan berbatukan berlian.

Tempat itu dipenuhi kabus putih yang tebal menjadikannya sangat indah di pandang namun berbahaya kepada sesiapa saja yang cuba memasuki kawasan itu. Namun sehingga kini Segitiga Bermuda terus bermisteri.
Share:

Rabu, 12 Februari 2014

BALASAN BUAT PENGAMAL SIHIR


Kuala Terengganu: Satu ketika dia ibarat primadona kerana berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, lebih 50 lelaki kaya dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun.

Bagaimanapun, kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.

Itu kejadian menimpa seorang wanita berusia 31 tahun mahu dikenali sebagai Haslinda yang sebelum ini hidup bergelumang dosa, semata-mata untuk hidup mewah.

“Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita.“Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu,” katanya.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk menjaga akidah kita supaya tidak dicemarkan oleh kepercayaan dan amalan syirik dan kurafat maka kita perlulah sentiasa mendekatkan diri dengan al-Quran dan sunah Rasulullah S.A.W. Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. yang melarang umatnya daripada kepercayaan yang membawa kepada syirik dan juga kepercayaan kurafat .

Petikan dari Akhbar Tempatan

Share:

Selasa, 11 Februari 2014

AMALAM KHURAFAT HAMBA MINYAK DAGU


Mereka yang terdesak dan inginkan kejayaan atau kepuasan nafsu yang memilih jalan singkat ini sedangkan mereka lupa apa yang berlaku itu adalah ketentuan Ilahi.

Gambar Contoh - Mereka yang menggunakan minyak ini sentiasa didampingi oleh mahluk halus.

IA DI GELAR RAJA SEGALA MINYAK
Difinisi dibawah inilah yang menjadi penyebab `mereka` yang tiada kekuatan iman dan tiada pegangan agama ingin mencuba Minyak dagu.
1. Lambat ketemu jodoh
2. Mencintai wanita atau lelaki idaman namun tiada balasan
3. Dianaktirikan majikan
4. Kesukaran mendapatkan tender atau kontrak
5. Masalah dengan pihak atasan yang meluluskan projek

Minyak Dagu diambil dari tulang dagu wanita mengandung anak pertama yang mati dibunuh. Tulang dagu wanita itu tadi akan dilayurkan berserta dengan bacaan mentera tertentu oleh orang tertentu sahaja. Minyak ini juga dikenali sebagai Raja Segala Minyak.Sesiapa yang terkena penangan Minyak Dagu ini (mangsa) bolehlah diibaratkan seperti patung hidup, dimana dia hanya mampu untuk menuruti kata orang yang telah mencalitkan minyak (pemangsa) itu kepada dirinya.


Minyak Dagu biasanya digunakan oleh

1. Isteri yang berhadapan dengan masalah suami sudah tawar hati kepadanya ataupun sudah mempunyai wanita lain di dalam hidupnya

2. Suami yang berhadapan dengan masalah isteri sudah tawar hati kepadanya ataupun sudah mempunyai lelaki lain di dalam hidupnya

3. Sesiapa sahaja yang bertujuan untuk memikat, menundukkan (mendengar segala arahan) serta membuatkan mangsa selalu terkenangkan pemangsa

Mangsa:
Orang yang terkena palitan Minyak Dagu

Pemangsa:
Orang yang memalitkan Minyak Dagu

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk menjaga akidah kita supaya tidak dicemarkan oleh kepercayaan dan amalan syirik dan kurafat maka kita perlulah sentiasa mendekatkan diri dengan al-Quran dan sunah Rasulullah S.A.W. Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. yang melarang umatnya daripada kepercayaan yang membawa kepada syirik dan juga kepercayaan kurafat .


Share:

LIRIK LAGU HANTU ALDA RISMA BUAT ORANG MEREMANG


Sejak dua menjak ni kecoh semula kisah lagu berhantu yang dinyanyikan oleh Alda Risma yang ditemui mati di sebuah hotel di Indonesia.

Di katakan lagu tersebut mempunyai lirik yang agak pelik.Ada juga yang mendakwa lagu itu siap selepas kematian si penyanyi.

Tapi mengikut wikipedia si penyanyi maut akibat terlebih dos dan ada juga dikaitkan dengan Ferry Surya.Kesahihannya pun tak dapat di jelaskan oleh pihak berkuasa di sana.

Namun ada juga pihak yang mendakwa ada unsur-unsur untuk menaikan rating lagu ini kerana ianya tidak dapat sambutan disebabkan liriknya yang merapu.

Apa-apa pun jom kita dengar dulu lagi ni.Anda menilainya sendiri ;)


Menanti Kekasih- By Alda

malam sunyi ku sendiri
duduk sepi diatas pohon
kubiarkan rambutku terurai

tanpa kaki kelawar,anjing dan bulan purnama
menanti kekasih ku yg belum mati
kapan mati kekasihku
ku menanti kau disini
ayuh mati bunuh diri
biar kita jumpa lagi
seperti dulu

hahahahhahahahaha(3x)

mana mungkin ku kembali
hidup lagi seperti dulu
kecuali engkau mati
mohon mengerti

kapan mati kekasihku
ku menanti kau disini
ayuh mati bunuh diri biar kita
jumpa lagi seperti dulu.

(It is believed that the singer (Alda Risma) has died; unknown reason. This song is dedicated to her lover before she has passed away, but the creepy part about it is this song was recorded after she's dead, so a lot of people wonder who the heck sang this song; same voice EXACTLY like Alda Risma. And Indonesians believe that her spirits do exist, wondering around looking for her lover).

Cerita selanjutnya di Link ke 2

Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog