Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Selasa, 28 Januari 2014

RUMAH PUNTIANAK DI JOHOR


Kembara 8 anak muda dari pasukan PAGparanormal Malaysia memulakan pengembaraan mereka ke selatan tanah air dan memberi tajuk baru pada episod-episod kajian mengenai kejadian fenomena paranormal di setiap pelusuk di semenanjung Malaysia.

Chapter 1 Season 5 bertajuk Rumah Pagar Ghaib ini diceritakan oleh beberapa individu yang mendakwa pernah terlihat kelibat perempuan yang betul-betul menjengah mereka dari tingkap atas.

Terdapat juga cerita yang boleh mengaitkan dengan cerita pertama iaitu kisah rumah ini yang pernah di pagar `ghaib` oleh seorang bomoh kerana terdapat gangguan pada penduduk setempat yang menceritakan satu `saka` di rumah itu telah mengganggu kehidupan seharian mereka.

Adakah saka yang dimaksudkan itu ialah entiti wanita terbabit??Kenapa dan mengapa ia mula merayau dan mengganggu orang kampung??

Dan kenapa rumah terbabit ditinggalkan begitu sahaja??Adakah kisah-kisah seram yang di bualkan oleh masyarakat setempat itu benar atau hanya sekadar penyedap cerita yang di tokok tambah?

Team PAGparanormal kali ini terpanggil untuk membuat tinjauan di rumah banglo terbabit.Saksikan sedikit gambar & video yang dirakamkan oleh krew PAGparanormal ini..

Krew PAGparanormal yang terlibat pada malam itu Az,Ash,AJ,Ron Asraff,Mirol,Yuyie,Basid & Yusz.

Share:

Khamis, 23 Januari 2014

LI YEENZ CIPTA FOTO MENARIK KRU PAGPARANORMAL


Sesi fotografi PAGparanormal di JB baru-baru ini di sponsor khas oleh seorang fotografer profesional. Untuk mengenali beliau bolehlah klik link gambar page peribadi beliau di bawah :-


Terima Kasih daun keladi..next time kita try fotoshot lagi.. ;)
Kredit to Mr. Li Yeenz Profesional Photography

Share:

Sabtu, 18 Januari 2014

CENDERAHATI TANDA PENGHARGAAN BUAT JASA KRU PAGPARANORMAL


Sesi penyampaian cenderahati ihklas dari PAGparanormal Malaysia kepada kru di bilik penginapan krew di Grand Bluewave Johor Bahru.

Cenderahati disampaikan oleh founder PAGparanormal En. Az PAG tanda penghargaan kepada krew yang masih terus bersama dan tidak putus-putus menjadi tulang belakang kepada kejayaan PAG selama 5 tahun ini.

Tidak dilupa juga penyerahan baju baru PAGparanormal kepada krew PAG Selatan (JB) En. Yusz.
Share:

Isnin, 6 Januari 2014

SUNGAI KERIAN LUBUK PUAKA YANG SERING MAHUKAN NYAWA


NIBONG TEBAL : Lokasi dua beranak yang jatuh di Sungai Kerian turut dikenali sebagai ‘lubuk puaka’ oleh penduduk kampung selain dikaitkan dengan penemuan buaya oleh pemancing dan penduduk.

Sungai itu yang turut terkenal sebagai lubuk udang galah oleh pemancing dianggap ‘keras’ oleh mereka.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, sebelum ini ada beberapa kejadian lemas berlaku di sungai berkenaan dan ada penduduk turut mengaitkannya dengan kejadian mistik.

“Memang sungai ini dikenali sebagai lubuk puaka dan menagih nyawa setiap tahun.

“Boleh dikatakan setiap tahun mesti ada kejadian lemas dan orang terjun ke dalam sungai ini,” katanya.

Menurutnya, ada juga penduduk dan kaki pancing mendakwa pernah terserempak dengan buaya besar di kawasan itu.

“Melalui cerita rakan dan juga penduduk sekitar ada antara mereka mendakwa pernah terlihat buaya bersaiz besar dalam sungai ini.

“Namun haiwan terbabit setakat ini tidak pernah mengganggu sesiapa dan hanya muncul sesekali dan tidak semua dapat melihat kelibatnya,” katanya.

Sementara itu, usaha mengesan Koperal Abdul Halim Ibrahim, 52, turut menggunakan khidmat secara tradisional dengan memanggil pawang.

Selain itu, polis turut menggunakan helikopter untuk mengesannya dan pasukan bomba dan penyelamat menggunakan unit anjing pengesan (K9) yang dibawa dari Kuala Lumpur.

“Biar saya dukung anak saya walaupun sekejap,” kata Koperal Waridah Muing sejurus melihat mayat anaknya, Mohd Halif Akim Abdul Halim dibawa naik ke darat di Sungai Kerian, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Mayat anaknya berusia setahun 10 bulan itu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 400 meter di tebing sungai manakala mayat suaminya Lans Koperal Abdul Halim Ibrahim, 52, ditemui jam 5.40 petang kira-kira 100 meter dari lokasi anaknya ditemui sebelum itu.

Waridah, 33, yang mengetahui mayat anaknya itu ditemui dilihat dalam keadaan masih trauma dan sedih cuba memeluk serta mahu mendukung anaknya sebelum mayat dibawa ke Hospital Sungai Bakap.

Suasana pilu itu turut dikongsi bersama ahli keluarga lain, pasukan penyelamat dan juga penduduk kampung yang turut menyaksikan situasi sedih itu.

Kelmarin, kira-kira jam 6 petang, Abdul Halim yang bertugas di Balai Polis Batu Kawan bersama isteri serta dua anaknya menaiki bot untuk bersiar-siar dan memancing di kawasan sungai terbabit.

Bagaimanapun, selepas hampir 20 minit, bot milik Abdul Halim dikatakan terlanggar objek menyebabkan ia melambung dan anak serta isterinya tercampak ke sungai.

Ketika itu, Abdul Halim terjun dan berjaya menyelamatkan anak sulung mereka, Nor Amira yang berusia lima tahun dan juga isterinya dengan menarik mereka ke dalam bot.

Bagaimanapun, Waridah dikatakan terjun semula untuk menyelamatkan anak bongsu mereka dan Abdul Halim yang tahu isterinya tidak pandai berenang sekali lagi terjun untuk menyelamatkan mereka.

Pada masa sama, anak pasangan itu yang berada dalam bot nekad mengemudi bot terbabit yang enjinnya masih hidup dan menghampiri ibunya.

Tindakan kanak-kanak berusia lima tahun itu berjaya menyelamatkan nyawa ibunya yang kemudian menaiki bot terbabit namun kelibat bapa dan adiknya terus hilang dari penglihatan mereka dua beranak.

Anak sulung daripada dua beradik itu sekali lagi bertindak berani apabila dia terus mengemudi bot berkenaan hingga ia dilihat seorang lelaki yang kebetulan sedang memukat udang.

Lelaki terbabit pelik apabila melihat hanya kanak-kanak itu dan ibunya berada dalam bot sebelum dia diberitahu Abdul Halim serta anaknya lemas dalam sungai berkenaan.

Berikutan itu, penduduk kampung serta pasukan penyelamat yang terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Namun, keadaan gelap menyebabkan operasi terpaksa dihentikan dan bersambung semula kira-kira jam 7 pagi, semalam.

Usaha mencari dan mengesan itu berhasil apabila pasukan penyelamat menemui mayat Mohd Halif Akim kira-kira enam jam selepas itu.

Sementara itu, mayat Abdul Halim ditemui pasukan skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Jurucakap bomba berkata, mayat anggota polis terbabit ditemui dalam keadaan terapung di permukaan air tidak jauh dari lokasi anaknya ditemui.

“Mayatnya dalam keadaan sempurna dan masih berpakaian lengkap dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat,” katanya.

Jenazah dua beranak terbabit dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Berembang, dekat sini malam tadi.

Kepada yang beragama islam kita sedekahkan Al-Fatihah...
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog