Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Ahad, 28 April 2013

KAJIAN PARANORMAL DI BANGLO TINGGAL JALAN AMPANG


Pada hari Jumaat lalu Krew Unit PAGparanormal Ron Asraff telah membawa Team PAG ke satu lokasi banglo lama yang masih terselit di celah celah bandaraya Kuala Lumpur.

Setibanya di lokasi kami tergamam seketika kerana tidak tahu menahu langsung kewujudan banglo terbabit.Kredit kepada Krew Peninjau Ron Asraff yang sentiasa rajin mencari lokasi-lokasi baru untuk PAGparanormal membuat kajian.

Pada malam itu kami tiba tepat 12 malam.Waktu itu keadaan sekeliling basah.Kehadiran kami dijemput oleh sang `Nyamuk banduan`.

Tanpa melengah lengahkan waktu kami meneruskan kajian di banglo ini.Bukan sekadar struktur banglo ini sahaja yang kami temui malah ia mempunyai sebuah kabin di belakang.Ia mengingatkan saya kepada cerita `Cabin in the wood`.


Disekeliling kawasan banglo ini di penuhi dengan belukar dan pokok besar. Memang agak meyeramkan apabila melihat rumah tinggal yang telah ditumbuhi pokok-pokok besar setinggi 5 tingkat.

Seorang krew PAG - Mirol mendakwa melihat kelibat meninjau ninjau dari dalam banglo terbabit namun setelah disiasat kami tidak menemui apa-apa.Adakah ianya kelibat orang (manusia) atau orang-orang (entiti).


Beginilah keadaan di dalam kabin.Pohon ara telah menjadi pengganti kepada bumbung.Pada waktu itu krew PAG Ron Asraff sedang menggunakan EVPnya untuk cuba berkomunikasi dengan entiti yang berada di kawasan terbabit dan kami dikejutkan dengan bunyi `tebasan` di atas pokok besar yang berada di atas kepala kami.

Ia didengari oleh Krew kameraman AJ,kameraman dslr Yuyie dan Ron sendiri.Manakala 2 org krew lagi Tengku Asy dan Mirol yang sedang berada di luar pintu kabin itu tidak mendengari apa yang telah kami dengari dari dalam.


Lebih mengejutkan kami ketika meninjau keadaan sekeliling banglo terbabit kami telah menemui beberapa lilin merah dan putih.

Kami mengesyaki ada unsur-unsur pemujaan yang telah dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Pada masa itu juga kesemua krew disarankan lebih berhati-hati.Kita tidak mahu perkara khurafat yang telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu memudaratkan orang lain yang berada disitu dengan tujuan baik.

Di akhir kajian kami didatangai bau wangi dan pada waktu itu kesemua krew PAG terkedu dan memandang muka sesama sendiri.

Mungkin pada masa itu terlintas pelbagai imaginasi di benak fikirian krew krew yang terlibat pada malam itu.JANGAN TEGUR!!

Share:

Isnin, 15 April 2013

TAMAN TEMA MIMALAND BERHANTU?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.First of all kami dari team PAG ingin memohon maaf kepada pembaca-pembaca blog ini dan Fan FB kami kerana kami tidak berkesempatan meng-update dan meneruskan kajian-kajian paranormal kami.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog