Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Ahad, 26 Jun 2016

IBU KAMBING LAHIRKAN ANAK KAMBING KEMBAR BERMATA SATU


Seorang penternak kambing di Kampung Limau Kasturi di sini dikejutkan dengan kejadian cukup unik apabila salah seekor haiwan ternakannya itu melahirkan sepasang anak kembar yang bermata satu.

Pemilik kambing tersebut, Zabidah Mat,50, berkata, kambing betina itu melahirkan anak kembar berkenaan pada lewat petang kelmarin. Bagaimanapun, salah seekor daripada anak kam­bing berkenaan telah mati.


Katanya, sejak memelihara kambing 15 tahun lalu, dia tidak pernah lagi melihat kambing bermata satu. Baginya kejadian yang berlaku itu agak pelik selain amat memeranjatkan seluruh keluarga.

“Ibu kambing ini beranak sepasang kembar. Anak kambing jantan telah mati manakala yang betina masih hidup. Saya terkejut melihat fizikal kedua-dua anak kambing ini yang hanya memiliki satu mata di tengah-tengah serta tiada hidung.

“Kambing itu sungguh unik apabila ia hanya bernafas menggunakan mulut sahaja. Sehingga kini, anak kambing betina ini masih aktif," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Share:

Isnin, 20 Jun 2016

PAKAR TANGKAP `JIN` BANTU MASJID JAMEK TEDONG MELAKA


Sekumpulan  pengamal perubatan alternatif mendakwa berjaya menangkap kesemua ‘jin’ yang mendiami Masjid Baru Tedong.

Mereka mendakwa ada dalam kalangan jin berkenaan telah menghuni kawasan sekitar masjid itu sejak 400 juta tahun lalu.

Sa'ad Jaafar, 49, salah seorang pengamal perubatan terbabit menolak dakwaan pergerakan penghadang di masjid berkenaan berpunca daripada tiupan angin. Sebaliknya dia yakin ia angkara perbuatan jin.

“Apabila telah viral video mengenai penghadang yang bergerak itu, dan kemudian pengerusi masjid ini telah memohon bantuan sesiapa yang ada kemampuan atau ilmu untuk bantu sama, maka apa yang telah saya belajar jadi saya (gunakan) untuk membantu,” ujarnya.

Jelas Sa’ad, dia yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung telah singgah ke masjid itu, untuk memanfaatkan ilmunya dan memberikan bantuan.

“Saya kepung, dan kami tangkap (entiti) supaya jemaah ini tahu apa yang berlaku sebenarnya. Kita telah kenal pasti penghadang yang bergerak ini (angkara) jin yang menolaknya. Tujuannya adalah untuk menakutkan dan mengganggu manusia,” jelasnya lagi.

Dia yang hadir bersama anak keduanya, Uwais Al-Qarni Sa'ad, 16, juga sempat mengadakan sesi ‘perbualan’ bersama ketua ‘jin’ yang ditangkap dan disaksikan beberapa jawatankuasa masjid.

Katanya, hasil perbualan menggunakan anaknya sebagai pengantara itu, ketua ‘jin’ tersebut mengaku telah menggerakkan papan penghadang  yang beratnya dianggarkan mencecah 20 kilogram itu.

Sa'ad yang merupakan anak jati Melaka mendakwa sudah mengamalkan kaedah perubatan ini sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Masjid Tedong, Datuk Akbar Ali berkata, pasukan perubatan ini datang atas inisiatif mereka sendiri tanpa dipelawa oleh pihaknya.

“Dia datang tanpa meberitahu kami,. Kami pun sebagai pihak masjid tidak patut lah buat sesuatu yang kurang elok terhadap beliau. Kita anggap niat beliau itu baik, tapi saya tegaskan, dia datang bukan atas undangan tapi secara sukarela.

“Perkara ini juga saya tak berani nak komen lebih sebab saya pun tak faham ilmu mistik. Cuma saya fikir elok saya berpegang balik pada saranan Ketua Menteri iaitu kita serahkan pada pihak berkuasa,” ujar beliau.

Pada Sabtu , Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menolak kemungkinan kaitan ‘makhluk halus’ yang dikatakan menggerakkan papan penghadang solat itu dan mendakwa ia berpunca daripada faktor angin.
Share:

Khamis, 16 Jun 2016

AKTIVITI PARANORMAL DI DALAM MASJID JAMEK TADONG DAPAT DI RAKAM CCTV


Rakaman CCTV mengenai kejadian penghadang ruang solat yang didakwa bergerak sendiri di Masjid Jamek Tadong, dekat sini, mendapat perhatian orang ramai sejak ia mula diviralkan di laman sosial, kelmarin.

Pengerusi lembaga masjid berkenaan, Datuk Akhbar Ali berkata, beliau turut memuat naik rakaman video berdurasi 1.48 saat di Facebooknya setelah dimaklumkan oleh salah seorang jawatankuasa masjid mengenai kejadian pelik yang berlaku di bahagian pintu belakang masjid sebelum Ramadan ini.

Menurutnya, tujuan beliau memuat naik rakaman berkenaan bukanlah untuk menakutkan jemaah yang hendak bersolat di masjid itu, namun kejadian itu seharusnya dipandang positif tentang kebesaran ALLAH SWT, lebih-lebih lagi ianya berlaku di rumah ALLAH.

Katanya, usaha itu juga dapat menyangkal pandangan orang ramai yang mengaitkan kejadian terbabit dengan perkara mistik susulan sejak ia diviralkan, terdapat pelbagai komen daripada netizen sama ada positif mahupun negatif.

"Mungkin ada yang pandang kejadian pelik itu untuk menakutkan-menakutkan jemaah tetapi nawaitu saya hendak menunjukkan kebesaran ALLAH SWT yang ada di mana-mana.

"Kita juga kena yakin wujudnya makhluk ghaib dan sebagainya, namun semuanya terpulang kepada persepsi masyarakat itu sendiri. Malah, kejadian ini sekali gus mempopularkan nama masjid yang baharu dibina atas tanah wakaf," katanya.

Sementara itu, bagi siak masjid, Zakaria Lani, yang merupakan orang terawal melihat rakaman video CCTV itu berkata, rakaman berkenaan berlaku pada 25 Mei lalu ketika dia mahu menyaksikan rakaman aktiviti pelajar yang menjalankan program qiamullail di masjid tersebut.

Menurutnya, dia yang menonton bersama seorang lagi ahli jawatankuasa masjid pada mulanya terkejut memandangkan penghadang itu seolah-olah digerakkan oleh seseorang dalam beberapa meter bermula di belakang pintu solat wanita hingga ke bahagian tepi masjid.

Bagaimanapun, kata Zakaria, dia menganggap kejadian itu sebagai satu hikmah apabila golongan muda kampung itu merancang untuk beriktikaf di masjid pada waktu malam sekali gus dapat mengimarahkan masjid berkenaan.

"Kita tak pernah menghalang mereka yang ingin beriktikaf di masjid, walaupun pada mulanya niat mereka nak terserempak dengan kejadian seperti itu, namun saya difahamkan mereka juga nak melakukan qiamullail.

"Saya tak rasa ia bertujuan nak menakutkan tapi lebih kepada kebesaran Yang Maha Esa," katanya.

Share:

PRESTASI TERBAIK JAMES WAN BERSAMA KISAH SERAM SEKUELNYA THE CONJURING 2


Filem seram The Conjuring 2 yang mula ditayangkan di Amerika Syarikat Jumaat lalu mendapat sambutan hangat apabila berjaya meraih jualan tiket RM165.3 juta dalam tempoh tiga hari tayangan.

Sambutan hebat itu menyaksikan filem arahan James Wan itu muncul sebagai filem seram yang mencapai prestasi terbaik bagi pembukaan tayangan.

Selepas menamatkan kisah seram pada 2013, sekuel The Conjuring 2 kembali menghantui penonton dengan memaparkan kejadian dihadapi pasangan suami isteri yang juga penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren ketika cuba menyelesaikan masalah gangguan makhluk halus keluarga Hodgson di London, England.


Di awal penceritaan, Lorraine mendapat bayangan wajah rahib yang menggerunkan ketika di Amityville dan kejadian itu berulang ketika wanita itu berada di kediamannya.

Sementara itu, di London, keluarga Hodgson mendapati kehadiran makhlus halus di rumah mereka selepas anak bongsu, Janet bercakap dengan seseorang dan berjalan dalam tidurnya.

Tidak lama selepas itu, anggota keluarga lain mula diganggu dan mereka turut menyaksikan kejadian paranormal di depan mata.

Berikutan itu, keluarga terbabit meminta bantuan Ed dan Lorraine bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Sekuel ini masih mengekalkan Vera Farmiga dan Patrick Wilson serta barisan pelakon Frances O’Connor, Madison Wolfe, Simon McBurney dan Franka Potente.

Kembali mengarahkan The Conjuring 2, Wan berkata, dia mahu memastikan jalan cerita sekuel ini segar dan bukan seperti ulangan semula daripada filem pertama.

“Filem ini bermula dengan Ed dan Lorraine menyiasat kes paranormal di Amityville, namun saya tidak berminat untuk menceritakan semula kejadian itu.

“Saya mahu mencuba sesuatu yang baru dengan jalan cerita lebih segar,” katanya.

Menurut pengarah kelahiran Malaysia itu, dia juga tidak mahu terlalu fokus terhadap keimanan Ed dan Lorraine agar tidak membuatkan penonton berasa bosan.

“Jadi, saya memastikan karakter pasangan berkenaan tidak terlalu banyak berhujah mengenai agama walaupun mereka penganut setia,” katanya.

LINK TRAILER : https://www.youtube.com/watch?v=KyA9AtUOqRM

The Conjuring 2 Movie Download

Share:

Selasa, 14 Jun 2016

(KISAH SERAM DARI JEPANG) HANTU NURE-ONNA


Hantu Nure-onna dalam kepercayaan orang Jepun di gambarkan sebagai hantu yang mempunyai badan ular dan kepala seorang wanita. 

Hantu ini penampilanya juga sangat mengerikan dengan mata yang berwarna merah serta gigi taring yang tajam dan rambut panjang sehinggakan membuat orang takut melihatnya. 


Kebiasaanya hantu Nure-onna ini sering muncul di sungai ketika ia sedang mencuci rambutnya. Zaman dulu-dulu para nelayan kecil di kawasan pendalaman Jepun amat takut untuk keluar pada waktu petang sehingga larut malam untuk mencari rezeki kerana takut terserempak dengan hantu ini.


Share:

Khamis, 9 Jun 2016

(KISAH SERAM DARI JEPANG) KISAH ROH JAHAT SATORU KUN


Satoru Kun merupakan roh jahat yang menyerupai kanak-kanak lelaki. Dia tahu tentang segala benda dan dia juga boleh menjawab apa-apa sahaja soalan termasuk mengenai masa lalu dan juga masa depan.

Untuk menanyanya soalan perlu ada duit syiling dan juga telefon bimbit dan telefon awam.
Langkah-langkahnya:

1. Masukkan duit syiling ke dalam telefon awam dan dail nombor telefon bimbit anda.
2. Semasa ia berdering sebut " Satoru, Satoru, please come to me. Satoru, Satoru, tolong tunjukkan rupamu. Satoru, Satoru, kalau awak ada tolong jawab panggilan saya." Tutup telefon awam dan matikan telefon biimbit anda.

Satoru kun akan menelefon semula dalam masa 24 jam. Pada mulanya dia akan memberitahu di mana dia berada dan makin lama dia akan menelefon dengan kerap untuk memberitahu di mana dia dan makin lama kedudukannya akan makin dekat dengan anda dan dia akan berkata "Saya di belakang anda" Anda boleh tanya apa-apa sahaja soalan. 

Tetapi jangan telefon jika tiada soalan untuk ditanya dan jangan cuba untuk lihat Satoru Kun. Pastikan soalan juga ditanya dengan laju atau dia akan mengheret anda ke Neraka.


(Sekadar bahan bacaan hiburan)
Share:

Rabu, 8 Jun 2016

(KISAH SERAM DARI JEPANG) KISAH HANTU TEKE-TEKE


Teke teke adalah bunyi yang dikeluarkan oleh hantu ini apabila bergerak (oleh sikunya). Hantu ini asalnya adalah seorang wanita yang kecewa dalam percintaan yang dikatakan telah membunuh diri dengan melompat ke landasan keretapi. 


Badannya putus dua di gilis oleh keretapi tetapi dendamnya yang melampau terhadap lelaki membuatkan bahagian atas badannya mengesot untuk terus membalas dendam. 

Walaupun putus dua, dia masih boleh bergerak dengan sangat laju dan kalau dia berjaya menangkap mangsanya, dia akan cuba memotong badan mangsanya kepada dua dengan sabit yang diciptanya.


Kisah hantu-hantu spesis dari Jepang ni lebih kurang juga dengan kisah-kisah hantu di negara kita. Walhal kisahnya tidaklah begitu menyeramkan namun macam biasalah..bila manusia sudah mencampur aduk dan tambahan dalam cerita tu untuk menampakan ia lebih seram dan menakutkan.


(Sekadar bahan bacaan hiburan)
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog