Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Khamis, 26 Mei 2016

PRESIDEN FILIPINA YANG BARU ENGGAN TINGGAL DI ISTANA MALACANANG KERANA BANYAK HANTU?


Presiden Filipina, Rodrigo Duterte (gambar kecil) menolak untuk tinggal di Istana Malacanang kerana mempercayai tempat itu berhantu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Istana yang terletak di Manila itu dibina pada tahun 1750 dan didiami oleh barisan presiden Filipina sejak negara tersebut mencapai kemerdekaan pada 1945.

Duterte bagaimanapun mendakwa bahawa istana rasmi Presiden Filipina itu mempunyai terlalu banyak hantu.

Penghuni paling terkenal mendiami istana itu ialah diktator Ferdinand Marcos dan isterinya, Imelda Marcos. Mereka tinggal di Istana Malacanang sejak 1965 sehingga digulingkan dalam kebangkitan rakyat Filipina dalam tahun 1986.

Suasana di dalam istana terbabit

Sepanjang pemerintahan pasangan suami isteri itu, ramai musuh politik dan pembelot dipercayai diseksa dan dibunuh di sebuah kamar di Istana Malacanang yang dikenali sebagai Bilik Hitam.

Duterte turut memberitahu bahawa beliau pernah mengalami pengalaman seram ketika bertugas sebagai perunding untuk Presiden Gloria Arroyo sekitar 15 tahun lalu.

“Saya dipanggil bertemu Arroyo pada pukul 2 pagi dan dibawa ke ruang tamu yang dipenuhi dengan lukisan presiden Fi­lipina.

“Kesemua presiden itu me­renung ke arah saya. Bulu roma saya meremang, saya lantas keluar dari tempat itu,” ujar Duterte.

Menurut Duterte, beliau ber­kemungkinan tinggal di sebuah banglo berdekatan, Arlegui. Rumah agam itu pernah didiami oleh Presiden Cory Aquino dan Fidel Ramos sekitar tahun 1990-an.

Satu gambar yang di kaitkan dengan hantu tanpa kepala di hadapan istana terbabit
Share:

Sabtu, 14 Mei 2016

MAKMAL SAHKAN TIADA DNA MANUSIA PADA ANAK KAMBING YANG DIKATAKAN MEMPUNYAI WAJAH MANUSIA


Gambar anak kambing ini dikatakan ada menyerupai wajah manusia dan menjadi viral dalam media sosial.

Ujian makmal veterinar mendapati tiada asid deoksiribonukleik (DNA) manusia pada anak kambing yang dikatakan berwajah seperti manusia di Kota Tinggi, Johor seperti diviralkan di media sosial, kata Ketua Pengarah Veterinar Datuk Kamarudin Md Isa.

Beliau berkata, secara genetik anak kambing itu tidak normal dan ia mati dalam kandungan.

“Ia merupakan satu keganjilan janin, semua pihak diminta menghentikan spekulasi negatif dan tidak menyebarkan fakta tidak benar.

“Tidak ada isu yang mengatakan anak kambing itu adalah hasil salah laku seks manusia ke atas ibu kambing. 

Itu persepsi salah,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan kes anak kambing yang dikatakan berwajah manusia itu.

Pada 24 April lalu, media melaporkan seorang peneroka di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi terkejut apabila mendapati kambing peliharaannya melahirkan seekor anak berwajah pelik yang didakwanya seakan-akan manusia, termasuk berhidung kemek dan berkaki pendek.

Share:

Khamis, 12 Mei 2016

SYAMSUL YUSOF PERJELAS MENGENAI MANTERA SERU IBLIS DALAM FILEM MUNAFIK


Sejak beberapa hari lalu, telah menjadi viral di laman sosial tentang diaolog yang digunakan dalam filem Munafik dimana dia tersebar luas di media sosial.

Menurut seorang pengguna Facebook, katanya ayat seru syaitan yang dibacakan oleh Pak Osman itu adalah ayat yang sebenar dan menurutnya lagi ayat berkenaan tiada sedikit pun tiada cacat celanya.


Jadi beliau mengingatkan supaya orang ramai tidak menonton cerita itu dirumah apa lagi jika di rumah ada anak kecil, syaitan dan jin akan datang memenuhi kediaman anda.

Kerana ianya telah menjadi viral, laman Instagram milik pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah menerima soalan bertalu-talu daripada peminat tentang kebenaran dakwaan itu.

Seorang peminat bernama Nurazurawawa telah bertanyakan kepada Syamsul soalan berkenaan.


Akhirnya Syamsul telah tampil menjawab soalan yang dikemukan oleh Nurazurawaa itu di mana ia menafikan apa yang menjadi viral di laman sosial berkenaan.

Berikut adalah jawapan Syamsul.


Maka, dengan jawapan berkenaan, ternyata apa yang ditulis dan disebarkan di laman sosial berkenaan hanyalah rekaan semata-mata dan segala persoalannya terjawab.

Jadi elakkan dari menjadi penyebar khabar angin, selidik dahulu sebelum menekan butang "share" untuk memastikan kita tidak menginayai sesiapa.

Betul cakap Syamsul, sebagai muslim kita jangan taksub atau melampau dengan sesuatu. 



Mantera merujuk kepada kata-kata atau kalimat tertentu yang dibaca atau diucapkan untuk mendapatkan kesaktian atau menyembuhkan penyakit.

Dalam masyarakat tradisional Asia, tanpa mengira latar bangsa atau agama, mantera yang lazimnya didapatkan dari dunia perbomohan atau perdukunan banyak digunakan untuk mengiringi urusan harian antaranya hal keselamatan, ikatan perhubungan, perubatan, seni bela diri malah ilmu kebatinan.

Agama Islam secara jelas melarang penggunaan mantera atau yang seumpamanya, lebih-lebih lagi jika ia disertai ungkapan dan pemujaan yang mencurigakan hingga mencetus kebergantungan seseorang kepada sesuatu kuasa lain selain Allah.

Bagi kes viral seperti yang melibatkan adegan dalam filem Munafik, Syamsul telahpun memberikan jawapan yang diharapkan dapat memberi penjelasan kepada pengikut akaun media sosialnya dan juga penonton filem itu sendiri.

Ia dibuat atas lesen kreatif atas nama hiburan semata-mata, dan seperti kata Syamsul, 'kita tidak perlu taksub atau melampau' dalam sesuatu perkara.
Share:

Ahad, 1 Mei 2016

BURUH BINAAN MENJUMPAI KAWAH GERGASI PURBA?


Kawah atau kuali gergasi ditemui oleh beberapa orang buruh binaan yang tertanam jauh didalam tanah di Wilayah Kutoarjo, Jawa Tengah, Indonesia.

Penemuan misteri kawah gergasi yang diperbuat dari besi yang dipercayai berusia ribuan tahun itu menimbulkan persoalan, siapakah Penghuni Asal tanah Nusantara dan kenapa saiznya begitu besar?

Dalam pada itu pihak muzium arkeologi purba Indonesia akan cuba mengenalpasti kawah terbabit adakah ia benar-benar tulin dan berasal dari zaman purba. Kesahihannya masih misteri..


Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog