Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Jumaat, 30 Oktober 2015

TERBITNYA DUA MATAHARI DI AMERIKA UTARA..FAKTA ATAU AUTA?


KUALA LUMPUR - "Itu hanya ilusi optik," demikian penjelasan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad ketika ditanya mengenai kesahihan beberapa keping gambar yang viral di media sosial berkenaan penampakan dua matahari yang kononya berlaku di Amerika Utara.

Beberapa hari lalu, tersebar di WhatsApp, beberapa keping gambar yang menunjukkan seoalah-olah terdapat dua matahari timbul, yang mana ada sesetengah pihak berkata fenomena itu berlaku di Kanada dan ada juga yang mengatakan bahawa ia berlaku di Manhattan dan New York.

Noordin berkata dalam isu ini, ramai pihak yang cuba mengaitkan ia dengan fenomena angkasa dengan aspek fantasi dan misteri, namun ujarnya sebagai manusia yang diberi akal fikiran,  kita perlu mendapatkan bukti yang sahih, dengan cara merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang pakar.

"Ada juga yang ingin meletakkan fenomena sebegini seiring dengan hadith dan tanda kiamat. Ilmu Islam itu menyokong sains jadi fenomena yang berlaku perlu dikaji dengan fakta dan secara menyeluruh dan bukan sekadar agakan pemikiran.

"Dalam pada itu, telah ada banyak fenomena angkasa pelik yang tersebar sebelum ini seperti bumi bergelap, cuaca angkasa yang ganggu telefon bimbit dan matahari makin dekat dengan bumi. Elok masyarakat menghubungi Angkasa agar tidak mudah menyebarkan berita palsu yang boleh membuat negara gelisah," katanya.
Share:

Isnin, 19 Oktober 2015

ORANG RAMAI DAKWA IA ISTANA RAJA BERSIONG?


ALOR SETAR – Istana terbiar berusia lebih 100 tahun di Bukit Tinggi, Kepala Batas bukan Istana Raja Bersiong sebagaimana yang dihebahkan dan diperkatakan orang ramai di negeri ini.

Pengerusi Persa­tuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd. Yusof sebaliknya berkata, istana tersebut ialah kepunyaan Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Tunku Kudin, Raja Muda Kedah ketika pemerintahan abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 1854 hingga 1879.

“Istana itu sama sekali bukan milik Raja Bersiong. Raja Bersiong tidak wujud dalam pemerintahan raja Kedah, ia hanyalah satu episod dalam Hikayat Merong Mahawangsa,” kata beliau di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, istana tersebut dibina Tunku Kudin selepas dia dipecat abangnya sebagai Raja Muda Kedah kerana campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor ketika Perang Saudara Selangor pada 1867.

Istana dua tingkat itu, kata Wan Shamsuddin, dibina menggunakan telur putih dan manisan lebah, dipercayai bagi menguatkan struktur dan binaannya, manakala untuk menghidupkan keseluruhan lampu di istana mengambil masa setengah jam.

Selain itu, menurutnya, banyak tempat-tempat lama di Kedah dianggap mempunyai kaitan dengan Raja Bersiong termasuk kubur Raja Bersiong di Kuala Muda, tiang bendera Raja Bersiong di Tikam Batu serta keris di Kampung Kota Bukit, Jeneri, namun kesahihannya diragui.

Tinjauan Bernama mendapati, istana yang terletak di jalan utama berdekatan Taman Tabung Haji, Kepala Batas itu kini terbiar dengan semak samun, malah turut diletakkan sebuah tong sampah besar di hadapan tinggalan bersejarah tersebut.

Share:

Ahad, 18 Oktober 2015

TAKSUB BEDAH MUKA JADI SEPERTI HAIWAN PELIHARAAN?


Kerana taasub dengan haiwan peliharaannya, seorang lelaki melalui pelbagai pembedahan untuk kelihatan seperti burung kakak tua, termasuk selama 6 jam untuk memotong telinganya.

Ted Richards, 56, dari Hartcliffe, Bristol, kini berazam mengubah hidungnya supaya berupa paruh.

Katanya, dia mendermakan telinganya yang dikerat itu kepada seorang rakan yang dianggap ‘tahu cara menghargainya’ dan kini menanti tarikh seterusnya untuk pembedahan selanjutnya.

Richards yang mempunyai 110 tatu, selain menindik badannya 50 kali dan membuat pembedahan membelahkan lidahnya, amat bangga dengan perubahan dilakukannya untuk menunjukkan kasih sayang terhadap lima burung kakak tua kesayangannya, Ellie, Teaka, Timneh, Jake dan Bubi.

“Saya melakukannya kerana mahu kelihatan sama seperti burung kakak tua kesayangan saya. Sebelum ini rambut saya panjang untuk menutup telinga,” katanya.
Share:

Isnin, 12 Oktober 2015

MISTERI KEHILANGAN ANAK-ANAK ORANG ASLI MASIH MENJADI TANDA TANYA..


Misteri kehilangan tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang, ternyata memberi impak mendalam kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

Sejak seminggu lalu, berita mengenai kes tersebut mula menjadi tumpuan ramai terutamanya selepas penemuan dua orang mangsa yang masih hidup iaitu Mirsudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob,10 di tebing Sungai Perias, Gua Musang Jumaat lalu.


Turut dijumpai bersama kedua-dua kanak-kanak tersebut ialah mayat seorang lagi rakan mereka iaitu Ika Ayel, 9 yang dipercayai baru mati beberapa hari sebelum penemuan.

Selang sehari kemudian, rangka seorang lagi mangsa yang dipercayai milik salah seorang daripada tiga mangsa yang masih hilang iaitu Haikal Yaacob, 8, dan Juvina Daud, 7, Linda Rosli, 8, berjaya ditemui oleh pasukan pencari dan menyelamat tidak jauh daripada lokasi penemuan Mirsudiar dan Norieen.

Sebelum itu pada 7 dan 8 Oktober lalu, polis telah menemui dua rangka kanak-kanak dan salah satunya disahkan milik Sasa Sobrie, 8, yang dijumpai kira-kira 500 meter dari SK Tohoi.

Pada 23 Ogos lalu, media melaporkan kehilangan tujuh murid SK Tohoi dipercayai melarikan diri ke dalam hutan kerana takut dimarahi oleh guru mereka gara-gara mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.

Rentetan itu, pelbagai spekulasi telah dilontarkan oleh orang ramai di laman sosial, antaranya ialah kisah kanak-kanak tersebut disorok oleh makhluk halus dan dilarikan oleh penculik.

Luar biasa
Penemuan Mirsudiar dan Norieen menimbulkan seribu persoalan dalam kalangan orang ramai termasuk pakar-pakar dalam bidang perhutanan.

Walaupun ditemui dalam keadaan cukup menyedihkan dengan sosok tubuh kurus kering sehingga menampakkan tulang, tidak bermaya, kelaparan dan ketakutan, namun kemampuan mereka meneruskan hidup di dalam hutan tebal selama 47 hari begitu luar biasa.

Kemampuan kanak-kanak tersebut untuk terus hidup tanpa bekalan makanan yang mencukupi dan tempat berlindung bagaimanapun masih kekal misteri.

Memetik kenyataan yang diberikan oleh Ketua Platun RELA Orang Asli Kelantan, Kamal Rami, 50, kehilangan kanak-kanak tersebut merupakan satu misteri yang sukar dirungkai.

Saya percaya sebelum mereka lari meninggalkan asrama sekolah kerana takut dimarahi guru gara-gara mandi sungai, mereka membawa makanan seperti keropok dan biskut tetapi bekalan itu hanya mampu bertahan sehari.

“Apabila makanan tersebut telah habis, mereka mungkin bergantung kepada tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di dalam hutan,” katanya.

Mirsudiar (kiri) dan Norieen mampu bertahan selama 47 hari di dalam hutan tanpa bekalan makanan.

Kenyataan tersebut turut diakui oleh Pengiring Pendaki Gunung Jerai, Kedah, Wan Teh Wan Shaari, 49, yang percaya manusia mampu meneruskan hidup di dalam hutan dalam tempoh waktu panjang.

Beliau yang juga anggota pasukan RELA itu memaklumkan bahawa di dalam hutan terdapat banyak tumbuhan dan buah-buahan yang boleh dimakan oleh manusia.

Saya percaya kanak-kanak ini pasti mahir dengan selok-belok hutan berkenaan memandangkan mereka merupakan anak Orang Asli yang mendiami kawasan tersebut.

“Justeru, mereka sudah mengetahui buah-buahan dan tumbuhan yang boleh dimakan misalnya ubi kayu, pucuk paku, perah dan pisang ,” katanya baru-baru ini.

Wan Teh yang berpengalaman selama hampir 15 tahun sebagai pengiring pendakian menambah kanak-kanak tersebut juga mungkin berlindung di sebuah tempat persembunyian yang selamat.

Ujarnya, tempat tersebut membolehkan mereka berlindung daripada hujan panas dan binatang-binatang buas di dalam hutan.

Masih menjadi persoalan kepada saya bagaimana mereka boleh bertahan dengan begitu lama dengan faktor cuaca dan binatang liar seperti ular, lipan dan kala jengking.

“Di dalam hutan sangat sukar mencari tempat berteduh kecuali di bawah rimbunan pokok besar atau celah-celah akar kayu,” terangnya.

Sementara itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat unsur mistik dalam kes kehilangan pelajar tersebut.

Jelas Wan Teh, kawasan hutan terkenal dengan pelbagai kisah mistik yang kadangkala sukar dipercayai oleh akal manusia.

Kebanyakan hutan mempunyai kisah mistik tersendiri terutamanya mengenai kewujudan makhluk halus seperti perkampungan bunian.

“Jadi, sebelum pendakian saya lebih suka mengingatkan pendaki supaya menjaga adab dan tingkah laku mereka ketika berada di dalam hutan,” katanya yang mempunyai pengalaman sesat di dalam hutan selama tiga jam ketika mendaki Gunung Jerai.

P/S : Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka yang telah meninggal dunia.
Share:

Rabu, 7 Oktober 2015

TERKEJUT MELIHAT KELAHIRAN ANAK KERBAU BERKEPALA BUAYA


Penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket dekat sini gempar selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti buaya.

Lebih mengejutkan lagi, haiwan itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau.

Haiwan ganjil itu dilahirkan kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.

Don berkata, dia terkejut apabila mendapati kerbau miliknya melahirkan anak yang mempunyai sisik dan kepala seperti buaya.

“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini.

“Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya.

Menurutnya, anak kerbau itu mati tidak lama selepas dilahirkan dan dia membawa bangkai haiwan itu ke rumahnya.

“Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah,” jelasnya.

Anak kerbau itu menjadi viral di Internet selepas beberapa penduduk memuat naik gambar haiwan berkenaan di Internet.

“Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak kerbau ini.

“Ada yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta nombor loteri,” katanya.
Share:

Selasa, 6 Oktober 2015

ANEH DAN PELIK KERANDA CAPSULA MUNDI..


ROM : Dua artis mencipta kaedah baru yang pelik dalam pengebumian mayat dengan memasukkannya ke dalam kapsul bersaiz besar sebelum disemadikan sebagai baja untuk pokok yang ditanam di atasnya.

Pencipta Itali, Anna Citelli dan Raoul Bretzel mewujudkan konsep ‘Capsula Mundi’ iaitu program radikal bertujuan ‘merealisasikan tanah perkuburan hijau’ yang tidak lagi dipenuhi batu nisan sebaliknya hutan dipenuhi pokok rimbun.

“Kematian satu proses dipenuhi misteri, namun pasti dilalui semua orang. Ia bukan sekadar upacara teknikal.

“Capsula Mundi dapat melindungi pokok dan menambah jumlahnya sehingga mewujudkan hutan.
“Ini seterusnya membolehkan kanak-kanak belajar mengenai pokok selain tempat indah untuk memperingati yang tersayang,” kata laman web mereka.

Share:

Jumaat, 2 Oktober 2015

LEBIH SERAM DAN GANAS DALAM THE GREEN INFERNO


Eli Roth sudah tentunya antara nama yang saya gemari pada masa kini kerana filem arahannya seperti Cabin Fever, Hostel 1 dan Hostel 2.

The Inferno Green, filem terbaru Roth, sudah pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat filem bergenre ini.

Namun, penantian saya selama ini hanya sia-sia, kerana penapisan berat untuk filem menjadikan setiap aksi ganas yang ditonjolkan tidak membantu tontonan. Jadi, ulasan saya pada kali ini tidaklah begitu menyeluruh.

Pengarah Eli Roth memberi penghormatan kepada filem Itali berkisar eksploitasi  kanibalisme dalam filem seram tahun 1980-an arahan Ruggero Deodato berjudul Cannibal Holocaust.

Lokasi filem ini mengambil tempat di sekitar Chile dan Peru yang merupakan lokasi yang sama dengan Cannibal Holocaust.

Apa yang berbeza ialah filem Roth kali ini banyak menampakkan keindahan keindahan lanskap alam semulajadi yang diselang-selangkan dengan unsur-unsur ganas penuh berdarah.

Filem ini menceritakan nasib malang sekumpulan aktivis yang terdiri daripada pelajar kolej yang sangat bercita-cita tinggi untuk menyelamatkan dunia dengan menggunakan kuasa yang ada pada peralatan moden seperti  telefon pintar,gajet serta media sosial.

Rancangan mereka adalah untuk memerangkap pembalak dan pemaju 'menakluki' hutan yang subur di Amazon secara semborono bertujuan untuk menyelamatkan penduduk asal daripada hilang tempat tinggal.

Pada masa yang sama, aktiviti-aktiviti pembalak dan pemaju ini mahu mereka dedahkan kepada dunia dengan harapan bahawa ia akan menghentikan kerosakan yang lebih teruk akibat penebangan hutan.

Tetapi apa yang mereka tidak tahu adalah terdapatnya bahaya yang lebih besar menanti mereka di dunia yang tidak mereka ketahui.

Beribu-ribu batu dari rumah, sejenis mahkluk yang memakan daging manusia dan menghirup darah manusia mula membuat kemunculan.

Seperti biasa, filem-filem Roth ini tidak lari dari sindiran atau ‘black comedy’. Kali ini, watak-watak dan stereotaip mereka dalam filem genre ini adalah sangat menyerlah.

Sebagai contoh, isteri Roth, Lorenza Izzo memainkan watak gadis idealis jelita juga dara yang dipanggil Justine, yang bapanya adalah orang yang utama di PBB.

Kemudian, ketua kumpulan aktivis bernama Alejandro yang diragui,dimainkan oleh Ariel Levy. Terdapat juga Mr. Nice Guy, yang dimainkan oleh Aaron Burns sebagai Jonah. Dan wajib ada dalam filem seperti ini ialah watak kelakar, penghisap marijuana, lakonan Daryl Sabara sebagai Lars.

Peminat filem ‘gore’ pastinya akan terhibur dengan filem ini. Walaupun banyak aksi-aksi ganas yang telah ditapis, namun plotnya masih stabil dengan mesej-mesej tersirat, senario zaman moden ini.

Filem mini juga tepat pada masanya, memandangkan masyrakat kini sangat bergantung kepada alat peranti dan telefon pintar. Jika filem ini tidak ditapis (secara berat), kemungkinan elemen-elemen seram yang terkandung dalam filem ini lebih menonjol. 

Pelakon: Lorenzo Izzo, Ariel Levy, Daryl Sabara, Aaron Burns
Diarahkan oleh: Eli Roth

Ditulis oleh: Eli Roth, Guillermo Amoedo, Nicolás López

Tarikh keluaran: 24 September, GSC Movies

Tonton treler The Green Inferno di sini:
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog