Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Jumaat, 2 Oktober 2015

LEBIH SERAM DAN GANAS DALAM THE GREEN INFERNO


Eli Roth sudah tentunya antara nama yang saya gemari pada masa kini kerana filem arahannya seperti Cabin Fever, Hostel 1 dan Hostel 2.

The Inferno Green, filem terbaru Roth, sudah pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat filem bergenre ini.

Namun, penantian saya selama ini hanya sia-sia, kerana penapisan berat untuk filem menjadikan setiap aksi ganas yang ditonjolkan tidak membantu tontonan. Jadi, ulasan saya pada kali ini tidaklah begitu menyeluruh.

Pengarah Eli Roth memberi penghormatan kepada filem Itali berkisar eksploitasi  kanibalisme dalam filem seram tahun 1980-an arahan Ruggero Deodato berjudul Cannibal Holocaust.

Lokasi filem ini mengambil tempat di sekitar Chile dan Peru yang merupakan lokasi yang sama dengan Cannibal Holocaust.

Apa yang berbeza ialah filem Roth kali ini banyak menampakkan keindahan keindahan lanskap alam semulajadi yang diselang-selangkan dengan unsur-unsur ganas penuh berdarah.

Filem ini menceritakan nasib malang sekumpulan aktivis yang terdiri daripada pelajar kolej yang sangat bercita-cita tinggi untuk menyelamatkan dunia dengan menggunakan kuasa yang ada pada peralatan moden seperti  telefon pintar,gajet serta media sosial.

Rancangan mereka adalah untuk memerangkap pembalak dan pemaju 'menakluki' hutan yang subur di Amazon secara semborono bertujuan untuk menyelamatkan penduduk asal daripada hilang tempat tinggal.

Pada masa yang sama, aktiviti-aktiviti pembalak dan pemaju ini mahu mereka dedahkan kepada dunia dengan harapan bahawa ia akan menghentikan kerosakan yang lebih teruk akibat penebangan hutan.

Tetapi apa yang mereka tidak tahu adalah terdapatnya bahaya yang lebih besar menanti mereka di dunia yang tidak mereka ketahui.

Beribu-ribu batu dari rumah, sejenis mahkluk yang memakan daging manusia dan menghirup darah manusia mula membuat kemunculan.

Seperti biasa, filem-filem Roth ini tidak lari dari sindiran atau ‘black comedy’. Kali ini, watak-watak dan stereotaip mereka dalam filem genre ini adalah sangat menyerlah.

Sebagai contoh, isteri Roth, Lorenza Izzo memainkan watak gadis idealis jelita juga dara yang dipanggil Justine, yang bapanya adalah orang yang utama di PBB.

Kemudian, ketua kumpulan aktivis bernama Alejandro yang diragui,dimainkan oleh Ariel Levy. Terdapat juga Mr. Nice Guy, yang dimainkan oleh Aaron Burns sebagai Jonah. Dan wajib ada dalam filem seperti ini ialah watak kelakar, penghisap marijuana, lakonan Daryl Sabara sebagai Lars.

Peminat filem ‘gore’ pastinya akan terhibur dengan filem ini. Walaupun banyak aksi-aksi ganas yang telah ditapis, namun plotnya masih stabil dengan mesej-mesej tersirat, senario zaman moden ini.

Filem mini juga tepat pada masanya, memandangkan masyrakat kini sangat bergantung kepada alat peranti dan telefon pintar. Jika filem ini tidak ditapis (secara berat), kemungkinan elemen-elemen seram yang terkandung dalam filem ini lebih menonjol. 

Pelakon: Lorenzo Izzo, Ariel Levy, Daryl Sabara, Aaron Burns
Diarahkan oleh: Eli Roth

Ditulis oleh: Eli Roth, Guillermo Amoedo, Nicolás López

Tarikh keluaran: 24 September, GSC Movies

Tonton treler The Green Inferno di sini:
Share:

0 comments:

PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog